Showing posts with label Random. Show all posts

SALAM KEMERDEKAAN KE-62 MALAYSIA !!🇲🇾🇲🇾🇲🇾

SALAM KEMERDEKAAN KE-62 MALAYSIA !!🇲🇾🇲🇾🇲🇾 | Alhamdulillah dah 62 tahun negara kita merdeka. Syukur dapat jadi sebahagian rakyat Malaysia yang bebas & merdeka.

Kalau zaman sekolah dulu, tiap kali ada sambutan hari kemerdekaan macam ni memang takkan miss peluang untuk sama² join aktiviti yang sekolah anjurkan.

Berarak tengah² panas sanggup. Kayuh basikal tengah panas lit² pun sanggup.

Laung² nyanyi lagu patriotik sepanjang berarak sampai pedih tekak. Lepas habis aktiviti, balik rumah tengok muka berbelang. Hanguussss!

Sangguppppp..😂

Masa tu mana ada ku kisah muka hangus ke, breakout ke, hitam kelabu ke.. Don’t care.. Semangat punya pasal..😆

Rindu pulak bila throwback balik.

Bila dah dewasa ni, komitmen semakin bertambah. Hari merdeka macam ni yang bermain di fikiran hanyalah..

Nak MERDEKA dari belenggu KEMALASAN..
Nak MERDEKA dari belenggu HUTANG..
Nak MERDEKA dari sikap suka BERALASAN..
Nak MERDEKA dari semua SIFAT NEGATIF dalam diri..

Tak mudah sebenarnya. Tapi In Shaa Allah ku gagahi & redahi jua sampai betul² ‘BEBAS’!💪🏼💪🏼💪🏼

Anyway, Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 62 Malaysiaku tercinta!🇲🇾

Selamat memerdekakan diri rakyat Malaysia! ♥️

AYUH BEBASKAN DIRI KITA!🔥

Merdeka ke-62



Mencari produk² Shaklee atau berminat untuk menjana pendapatan bersama kami? Jom klik sini👇🏼

Your Shaklee Business Leader
& Independent Distributor
📲0195327438

✨ Postage Setiap Hari (kecuali cuti umum)
✨ COD Kajang/Bangi/Putrajaya/Sekitar KL


#kekzabeauty #ShakleeByKekza #ShakleeMalaysia #SpectacularByMNM
Read More

BANK IDEA FOR COPYWRITING

BANK IDEA FOR COPYWRITING | Mana datang idea nak tulis copywriting hari²? Yesszza! Darin BANK IDEA!

Ni lah sumber idea Kekza. Manfaatkan sepenuhnya fungsi NOTES dalam phone ni.

Penuh dengan notes pasal Shaklee je.😆

Tips sikitla ea Kekza share dengan korang pagi ni. 

Buat folder yang berbeza untuk setiap topik/produk dalam notes korang.

Macam Kekza, setiap kali terbaca info apa² yang berkaitan, Kekza akan summarizekan & masuk dalam folder berkaitan dulu.

Lepas tu Kekza olah balik & setkan siap² target content untuk posting setiap hari.

In case kering idea, bolehla gali dalam tu.😁

Haaa gitttuwwww..

Kalau rasa bermanfaat boleh la follow & share naa!😘❤️




Mencari produk² Shaklee atau berminat untuk menjana pendapatan bersama kami? Jom klik sini👇🏼

Your Shaklee Business Leader
& Independent Distributor
📲0195327438

✨ Postage Setiap Hari (kecuali cuti umum)
✨ COD Kajang/Bangi/Putrajaya/Sekitar KL


#kekzabeauty #ShakleeByKekza #ShakleeMalaysia #SpectacularByMNM
Read More

JANGAN LIMITKAN KEMAMPUAN DIRI KITA

JANGAN LIMITKAN KEMAMPUAN DIRI KITA | Saat terdetik yang kita tak mampu, kita tak layak, kita tak boleh, sebenarnya pada saat itulah Allah sedang hantar ‘test’ kepada kita.

“Betul kau nak?”
“Setinggi mana keinginan kau?”
“Sejauh mana kau mampu pergi?”
“Boleh ke kau bersabar?”
“Sanggup ke buat apa yang orang lain tak mampu buat?”
“Betul ke sanggup?”

Dan saat kita memilih untuk berhenti dan berpaling, itulah saat kegagalan kita. Kalau ujian yang simple pun tak lulus, macamana nak upgrade?

Maka bila dah terjentik hati untuk buat sesuatu, teruskan buat sampai jadi. 

Jangan berputus asa! 

Kerana sifat putus asa itu bukanlah sifat orang² yang berjaya.🙅🏻‍♀️

Semua orang mampu! In Shaa Allah.

Allah kan ada..😊❤️

A S S A L A M U A L A I K U M  &  S E L A M A T  P A G I !




Mencari produk² Shaklee atau berminat untuk menjana pendapatan bersama kami? Jom klik sini👇🏼

Your Shaklee Business Leader
& Independent Distributor
📲0195327438

✨ Postage Setiap Hari (kecuali cuti umum)
✨ COD Kajang/Bangi/Putrajaya/Sekitar KL


#kekzabeauty #ShakleeByKekza #ShakleeMalaysia #SpectacularByMNM
Read More

ANAK - LUKISAN YANG DICORAKKAN OLEH IBUBAPA

ANAK - LUKISAN YANG DICORAKKAN OLEH IBUBAPA | Hari tu masa bawak Naufal pergi mandi pool, ada beberapa orang kanak² lain yang tengah mandi.

And ada sorang ibu ni tengah teman anak² dia mandi. Dari jauh dah kedengaran suara ibu tu. Kalau korang ada follow IG Kekza, boleh dengar suara tu dalam instastory Kekza.

Actually takde niat nak rakam suara ibu tu. Sebenarnya tengah rakam ragam Naufal yang excited berlari² nak pergi pool.

Masa tu tak perasan lagi. Bila tengok balik video² tu, jelas kedengaran suara ibu tadi menjerit² marahkan anak².

Anak tak nak dengar kata, sampai ibu bertindak sedikit kurang waras bila direntapnya tangan anak yang kecil dan menyeret anak tu keluar dari pagar pool.

Sambil menjerit marah²kan si kakak yang terpinga² kena tinggal kat situ.

“Kau duduk situ! Jangan balik!”

Allahuu.. Terpinga² Naufal melihat kejadian tak sepatutnya dia tengok.😢

Beberapa kali kata² ugutan tu keluar dari mulut si ibu dari luar pagar. Si kakak terus meraung² dalam pagar.

Lamaa situasi berlarutan. Kekza cuba alih perhatian Naufal dari situasi tu.

Selepas beberapa ketika, akhirnya ibu tadi datang ambil si kakak dengan keadaan yang masih marah².

Kekza cerita pasal ni bukan nak aibkan sesiapa. Tapi sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Anak sebenarnya sangat suci hati mereka. Andai kata mereka menunjukkan sikap² yang tak menyenangkan, benda pertama kita kena buat ialah semak balik diri kita.

Kerana semuanya bermula dari kita.

Ibu yang emosinya terganggu selalunya adalah kerana keperluan fisiologinya terganggu.

Tubuh & mental penat, tak cukup tidur, tak cukup rehat, makan pun terkejar², mandi, berak semua berkejaran, solat pun tak tenang. Tak ada masa untuk fokus pada diri sendiri.

Semua tu menyumbang kepada ketakstabilan emosi seorang ibu.😔

Dan emosi yang tak stabil itu akan tersalur kepada anak². Sebab tu anak buat pe’el. Macam² perangai.

Penting untuk ibu sentiasa berada dalam keadaan TENANG & BAHAGIA.

Waktu² begini, sokongan suami sangat penting. Mainkanlah peranan wahai para suami. Bantu isteri anda keluar dari bebanan emosi yang terganggu.

Isteri & ibu yang TENANG, impaknya sangat besar untuk keluarga terutamanya kepada anak².

Cubalah cari solusi. In Shaa Allah, semoga dipermudahkan semua urusan para isteri & ibu² di luar sana.

❤️❤️❤️





Mencari produk² Shaklee atau berminat untuk menjana pendapatan bersama kami? Jom klik sini👇🏼

Your Shaklee Business Leader
& Independent Distributor
📲0195327438

✨ Postage Setiap Hari (kecuali cuti umum)
✨ COD Kajang/Bangi/Putrajaya/Sekitar KL


#kekzabeauty #ShakleeByKekza #ShakleeMalaysia #SpectacularByMNM
Read More

SIKAP, FIKIRAN, DAN TINDAKAN

SIKAP, FIKIRAN, DAN TINDAKAN | Assalamualaikum semua.. Selamat pagi!🤗

Untuk berjaya, mulakan dengan mengubah satu tabiat  kecil dahulu seperti suka bertangguh, suka buang masa, malas dsb..

SIKAP, FIKIRAN dan TINDAKAN kita menentukan siapa diri kita hari ini.

Ubah aktiviti yang tidak bermanfaat kepada aktiviti yang mengasah minda dan hati.

In Shaa Allah perlahan² kita akan bina tabiat positif yang baru dan bina kejayaan² kecil sebelum melangkah ke kejayaan² yang lebih besar.

Jom doa & jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam!💪🏼

🔥🔥🔥



#kekzabeauty #ShakleeByKekza #ShakleeMalaysia #SpectacularByMNM
Read More

MAAFKAN DAN LUPAKAN

MAAFKAN DAN LUPAKAN | Bila ada seseorang yang buat salah dengan kita, mengguris/melukakan/menyakitkan hati kita, MAAFKAN lah mereka.

LUPAKAN segalanya. Buang jauh² segala rasa itu. Jangan benarkan ia kembali..

Jangan bazirkan ruang dalam fikiran, emosi & tubuh kita dengan energy² yang negatif.

Memaafkan bukan kerana mereka berhak untuk diberi maaf..

Tetapi kerana kita berhak untuk hidup lebih TENANG & BAHAGIA!

Jom delete!🔥




Mencari produk² Shaklee atau berminat untuk menjana pendapatan bersama kami? Jom klik sini👇🏼

Your Shaklee Business Leader
& Independent Distributor
📲0195327438

✨ Postage Setiap Hari (kecuali cuti umum)
✨ COD Kajang/Bangi/Putrajaya/Sekitar KL


#kekzabeauty #ShakleeByKekza #ShakleeMalaysia #SpectacularByMNM
Read More

HIDUP BERUBAH SELEPAS PEMERGIANNYA..

HIDUP BERUBAH SELEPAS PEMERGIANNYA.. | Tiba2 teringat zaman kecik2 dulu. Zaman di mana kehidupan rasa tak ada masalah langsung. Happy je walaupun kehidupan kami waktu tu sederhana je..☺️

Sehinggalah pada tahun 1994..

Masa tu umur Kekza 9 tahun, baru masuk darjah 3..

Segalanya berubah bila arwah ayah menghembuskan nafas terakhir..

Sebelum tu arwah ayah dah lama sakit. Keluar masuk hospital banyak kali. Sakit ketumbuhan dalam perut.


SEJAK PEMERGIAN AYAH, HIDUP KAMI BERUBAH..

Sebagai seorang ibu tunggal, mak bekerja siang malam cari rezeki demi nak tampung perbelanjaan kami adik beradik bersekolah.

Mak lah ayah, mak lah ibu. 2 peranan dalam 1 masa. Memang tak mudah. Kekza menyaksikan keperitan yang mak lalui setiap hari.

Siang mak nampak kuat. Malam, mak menangis saban malam..

Ye, saban malam..

Teringat lagi satu malam tu, Kekza belum tidur tapi saja buat2 tidur. Mak usap kepala Kekza, mak kucup dahi Kekza, dannn tiba2 mak berpaling dan menangis..😭

Kekza tahu mak penat.
Kekza tahu mak lelah.
Kekza tahu mak masih rindukan arwah ayah.
Apalah sangat kudrat seorang wanita untuk uruskan semua perkara bersendirian..😔

Mak bekerja jual sayur dekat pasar, lepas tu amik upah menjahit, dan kerja dengan bapa saudara amik upah proses ayam daging untuk dihantar ke pasar..

Sampai 1 masa, keadaan jadi makin teruk bila abang Kekza mula ponteng sekolah dan terlibat dengan gejala ‘tak sihat’..

Bermula dengan gam, ganja, dan akhirnya dadah..

Hari2 mengamuk minta duit. Kadang2 hampir2 dia pukul mak sebab tak bagi duit.

Tekanan hidup waktu tu buat mak bertukar menjadi seorang yang seolah2 hilang kewarasan.

Pernah satu malam, Kekza tengah mengaji kat rumah mak saudara. Tiba2 mak datang jerit2 marah pada Kekza. Sebab dia ingat Kekza usik barang2 abang sampai abang mengamuk kat rumah sebab tak jumpa cari barang dia.

Masa tu rasa kecik hati sangat. Kecik hati sebab Kekza nampak macam mak sebelahkan abang walaupun abang terang2 salah sampai sanggup tengking2 Kekza yang tak tau apa2

Dann kalau korang nak tau, masa tu Kekza dah nak LARI DARI RUMAH dah sebab tak tahan dengan tekanan hidup. Tapi mujurlah dihalang oleh sepupu Kekza.

Kalau tak, tak taulah kat mana seorang Rosmiza Ali berada hari ni.. Entah hidup entah dah mati. Na’uzubillah..😣

Sejak dari hari tu Kekza jadi seorang yang sangat PENDIAM..
Kekza banyak MEMENDAM RASA..
Kekza jadi seorang yang sangat BERAHSIA..
Kekza jadi seorang PEMARAH..
Kekza jadi seorang PENDENDAM..
Kekza banyak MEMBERONTAK dalam diam..
Kekza lebih suka simpan dalam hati semua benda..
Kekza tak suka bercerita..

Kesukaran dan tekanan hidup waktu tu  banyak membentuk siapa diri Kekza hari ini.

Tapi Kekza faham, mak tertekan sangat waktu tu. Tak ada tempat mak nak bersandar dan berkongsi duka. Semua tanggung sorang2.

Dannn sebenarnya mak Kekza banyak bagi inspirasi pada Kekza.

Mak Kekza adalah seorang yang tak pandai menulis & tak pandai membaca. Mak Kekza tak pernah sekolah.

Tapi mak SURVIVED! Mak berjaya besarkan kitorang. Mak berjaya tanggung pembelajaran Kekza sampai masuk U.

Dann Kekza adalah satu2nya anak yang paling cemerlang dalam keluarga yang mak letakkan harapan paling tinggi.

Sebab tu, hari ini Kekza terus bertahan untuk buat bisnes yang Kekza tengah fokus sekarang ni.

Kekza nak berjaya dengan bisnes ni. Bukan buat bisnes setakat untuk mengisi masa lapang atau suka2. Tapi Kekza ada impian besar dengan bisnes ni.

Kekza yakin ini jalan cerita Kekza yang Allah dah tentukan..

Kekza yakin kejayaan Kekza ada bersama Shaklee..

Kekza yakin Kekza pasti berjaya capai impian Kekza dalam bisnes ni..

Dann Kekza yakin melalui bisnes ini Kekza mampu tebus balik segala kesusahan mak membesarkan kami adik beradik satu ketika dulu.

Tiada lain yang Kekza harapkan melainkan kegembiraan orang2 tersayang..

Kekza tak nak anak2 Kekza lalui semua tekanan hidup yang pernah Kekza lalui.

Sebab TEKANAN HIDUP sangat memberi kesan kepada SIFAT dan KEPERIBADIAN seseorang.

TEKANAN HIDUP boleh menjadi PUNCA kepada segala bagai penyakit yang melibatkan MENTAL & EMOSI..

TEKANAN HIDUP boleh menjadi ‘PEMBUNUH SENYAP’ kepada POTENSI DIRI seseorang..

Alhamdulillah, hari ini Kekza berada dalam satu circle yang sangat positif dan banyak membantu diri Kekza untuk bebas dari segala masalah emosi.

Dulu Kekza selalu kalah dengan emosi. Sejak berada dalam circle SPECTACULAR, alhamdulillah sedikit demi sedikit Kekza belajar kawal.

SPECTACULAR bukan sebuah group yang fokus kepada target bisnes dan marketing semata2, tapi dalam SPECTACULAR Kekza dapat lebih dari itu.

Ilmu yang diberi sangat berharga dan sangat bermanfaat untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Banyak yang Kekza dapat dari group ini yang Kekza tak pernah dapat dalam group bisnes lain sebelum ni.

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas jalan ini.

Terima kasih my business mentor, Master Nana Macarona atas peluang & ruang menjadi sebahagian dari keluarga #SPECTACULAR.☺️♥️




Your Friendly Shaklee
Independent Distributor
📲0195327438

✨ Postage Setiap Hari (kecuali cuti umum)
✨ COD Kajang/Bangi/Putrajaya/Sekitar KL


#kekzabeauty #ShakleeByKekza #ShakleeMalaysia #SpectacularByMNM
Read More

WELCOMING OCTOBER 2018 !!!

WELCOMING OCTOBER 2018 !!! | Assalamualaikum wbt korang! Apa khabar semua? Hari ni kedai @kekzabeauty buka awal sebab tak sabar nak announce PROMOSI BEST bulan ni..🙈

Promo kali ni SUMPAH UNTUNG GILA!! Nak tau promo apa? Stay tune naa. Jap lagi Kekza announce..😘

Your Friendly Shaklee
Independent Distributor
📲0195327438

Click link untuk sebarang pertanyaan dan pembelian 👇🏼

✨ Postage Setiap Hari (kecuali cuti umum)
✨ COD Kajang/Bangi/Putrajaya/Sekitar KL

#kekzabeauty #shakleemalaysia #SpectacularByMNM

Read More

KELAHIRAN YANG DINANTI..

KELAHIRAN YANG DINANTI.. | 2 tahun lalu, pada pukul 4.49 petang lahirlah seorang #PuteraSoleh permata hati kami yang kami namakan sebagai AHMAD NAUFAL ‘AZIZ BIN AHMAD NAZEM.


Dilahirkan secara caesarean dengan berat 2.2kg pada usia kandungan 36 minggu (Emergency case plasenta previa type 3).

Hari pertama awak lahir ke dunia, ibu tak sempat tengok awak pun sebab ibu kena bius penuh.

Sedar2 dah kena tolak masuk wad.😢

Hari kedua baru ibu dapat bangun & jumpa awak. Awak kecik sangat masa tu sampai ibu takut nak pegang. Takut awak sakit kalau ibu pegang.

Tapi ibu rindu sangat nak peluk cium awak. Ibu angkat perlahan2, ibu renung muka awak, rasa macam tak percaya tubuh kecil ini pernah berada dalam rahim ibu selama 36 minggu.

Alhamdulillah, syukur yang tak terucapkan. 5 tahun penantian, akhirnya awak hadir penuhi impian ibu & ayah.

Terima kasih Allah atas anugerah terindah ini.♥️

H ini, genaplah sudah umur awak 2 tahun. Ibu doakan agar anak ibu sentiasa berada dalam lindungan, rahmat, dan kasih sayang Allah swt.

Cita2 ibu nak tengok awak jadi ahli tahfiz. Semoga Allah perkenankan doa ibu ni.

SELAMAT HARI LAHIR KESAYANGAN IBU & AYAH..

Membesarlah sebagai seorang yang berjasa pada ibu ayah, agama, bangsa, & negara. Jadilah hamba Allah yang patuh dan taat pada segala perintahNya.

Doa ibu sentiasa mengiri perjalananmu..

Much love from ibu..💋♥️

#ANATurnsTwo


#MotherhoodJourney

Read More

FAMILY QUALITY TIME : GENTING HIGHLAND

FAMILY QUALITY TIME : GENTING HIGHLAND | Assalamualaikum. Hari ni sekadar nak berkongsi tentang personal life Kekza je. Asyik update pasal Shaklee je kang korang boring. Hehe.. Lagi pun dah lama rasanya tak menulis tentang diri sendiri. Adoi, bajet retis sangat nih.. Hahahaha!

Bagilah can sekali sekala tuan tanah kedaung enterprem. Tihihi.. Untuk bacaan anak cucu di masa hadapan katanya. Biar kenangan tu sentiasa ada. Korang nak baca korang bacalah ye, kalau tak nak tekan butang pangkah laju2. ^_^"

Okaylah, berbalik pada tajuk asal. 2 minggu lepas kami sekeluarga ke Genting Highland. Saja la nak amik angin bukit sekali sekala. Bawa anak hirup udara segar sambil menikmati cuaca sejuk. Alasan bawak anak, padahal mak yang lebih. Ahahaha! Orang sakan bercerita pasal GPO tu, aku naklah tengok jugak. Hehe..

Lepas breakfast terus menonong naik Genting.. Takde planning ye tuan2 & puan2.. Sejenis on the go punya family..Hahaha!
Sampai Genting tak tau nak pergi mana. Nak naik terus sampai atas ke nak ke GPO je. Yelah tak plan, tau2 dah sampai atas bukit. Kah!😅

Last2 naik terus sampai atas. Pusing punya pusing macam boring pulak, terus husband cakap jomlah naik skyway gi turun bawah. Maka ke GPO lah kami.

Budak kecik tu tak taulah dia gayat ke apa. Asal pintu cable car terbuka je kat each station, menggelupur ajak keluar.. Hahaha!
Sampai GPO,  layankan si kecik main2 jap, pusing2, then terus makan tengahari kat situ. Makanan kat sini boleh tahanla pricey. Hahaha! Sekali sekala bolehlah. Selalu2 bergegar lah kocek bapakmu nakk..😅





Dah penat berlegaran kat bawah tu, then beransurlah kami nak balik. Tapi sebelum tu kenalah naik balik ke atas nun naik skyway sebab kereta park kat atas. Ya Tuhan, punyalah ramai manusia pulak dah time tu. Cuak dah sisturr takut anak meragam. Tapi alhamdulillh, elok dia tidur sepanjang2 beratur tunggu turn nak naik skyway tu. Sakit tumitku berdiri lama. Hahaha!

Sekian cerita dariku untukmu. Macam gitu je ending? Hahahaha! Lama tak mengarang sis, intro ke bulan, isi ke bintang kejora, ending ke laut dalam. Hahahaha! Jangan kecam, nanti sis praktis lagi.. Hahaha!

Sebelum akhiri cerpen pendek hidupku ini, terimalah sedikit vlog untuk tatapan followers & readers tersayang.. Bertemu lagi dalam next entri In Shaa Allah.. Kbai! Assalamualaikum..





Read More