SALAM KEMERDEKAAN KE-62 MALAYSIA !!πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

SALAM KEMERDEKAAN KE-62 MALAYSIA !!πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ | Alhamdulillah dah 62 tahun negara kita merdeka. Syukur dapat jadi sebahagian rakyat Malaysia yang bebas & merdeka.

Kalau zaman sekolah dulu, tiap kali ada sambutan hari kemerdekaan macam ni memang takkan miss peluang untuk sama² join aktiviti yang sekolah anjurkan.

Berarak tengah² panas sanggup. Kayuh basikal tengah panas lit² pun sanggup.

Laung² nyanyi lagu patriotik sepanjang berarak sampai pedih tekak. Lepas habis aktiviti, balik rumah tengok muka berbelang. Hanguussss!

Sangguppppp..πŸ˜‚

Masa tu mana ada ku kisah muka hangus ke, breakout ke, hitam kelabu ke.. Don’t care.. Semangat punya pasal..πŸ˜†

Rindu pulak bila throwback balik.

Bila dah dewasa ni, komitmen semakin bertambah. Hari merdeka macam ni yang bermain di fikiran hanyalah..

Nak MERDEKA dari belenggu KEMALASAN..
Nak MERDEKA dari belenggu HUTANG..
Nak MERDEKA dari sikap suka BERALASAN..
Nak MERDEKA dari semua SIFAT NEGATIF dalam diri..

Tak mudah sebenarnya. Tapi In Shaa Allah ku gagahi & redahi jua sampai betul² ‘BEBAS’!πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼

Anyway, Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 62 Malaysiaku tercinta!πŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat memerdekakan diri rakyat Malaysia! ♥️

AYUH BEBASKAN DIRI KITA!πŸ”₯

Merdeka ke-62



Mencari produk² Shaklee atau berminat untuk menjana pendapatan bersama kami? Jom klik siniπŸ‘‡πŸΌ

Your Shaklee Business Leader
& Independent Distributor
πŸ“²0195327438

✨ Postage Setiap Hari (kecuali cuti umum)
✨ COD Kajang/Bangi/Putrajaya/Sekitar KL


#kekzabeauty #ShakleeByKekza #ShakleeMalaysia #SpectacularByMNM

No comments