ANAK - LUKISAN YANG DICORAKKAN OLEH IBUBAPA

ANAK - LUKISAN YANG DICORAKKAN OLEH IBUBAPA | Hari tu masa bawak Naufal pergi mandi pool, ada beberapa orang kanak² lain yang tengah mandi.

And ada sorang ibu ni tengah teman anak² dia mandi. Dari jauh dah kedengaran suara ibu tu. Kalau korang ada follow IG Kekza, boleh dengar suara tu dalam instastory Kekza.

Actually takde niat nak rakam suara ibu tu. Sebenarnya tengah rakam ragam Naufal yang excited berlari² nak pergi pool.

Masa tu tak perasan lagi. Bila tengok balik video² tu, jelas kedengaran suara ibu tadi menjerit² marahkan anak².

Anak tak nak dengar kata, sampai ibu bertindak sedikit kurang waras bila direntapnya tangan anak yang kecil dan menyeret anak tu keluar dari pagar pool.

Sambil menjerit marah²kan si kakak yang terpinga² kena tinggal kat situ.

“Kau duduk situ! Jangan balik!”

Allahuu.. Terpinga² Naufal melihat kejadian tak sepatutnya dia tengok.😢

Beberapa kali kata² ugutan tu keluar dari mulut si ibu dari luar pagar. Si kakak terus meraung² dalam pagar.

Lamaa situasi berlarutan. Kekza cuba alih perhatian Naufal dari situasi tu.

Selepas beberapa ketika, akhirnya ibu tadi datang ambil si kakak dengan keadaan yang masih marah².

Kekza cerita pasal ni bukan nak aibkan sesiapa. Tapi sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Anak sebenarnya sangat suci hati mereka. Andai kata mereka menunjukkan sikap² yang tak menyenangkan, benda pertama kita kena buat ialah semak balik diri kita.

Kerana semuanya bermula dari kita.

Ibu yang emosinya terganggu selalunya adalah kerana keperluan fisiologinya terganggu.

Tubuh & mental penat, tak cukup tidur, tak cukup rehat, makan pun terkejar², mandi, berak semua berkejaran, solat pun tak tenang. Tak ada masa untuk fokus pada diri sendiri.

Semua tu menyumbang kepada ketakstabilan emosi seorang ibu.😔

Dan emosi yang tak stabil itu akan tersalur kepada anak². Sebab tu anak buat pe’el. Macam² perangai.

Penting untuk ibu sentiasa berada dalam keadaan TENANG & BAHAGIA.

Waktu² begini, sokongan suami sangat penting. Mainkanlah peranan wahai para suami. Bantu isteri anda keluar dari bebanan emosi yang terganggu.

Isteri & ibu yang TENANG, impaknya sangat besar untuk keluarga terutamanya kepada anak².

Cubalah cari solusi. In Shaa Allah, semoga dipermudahkan semua urusan para isteri & ibu² di luar sana.

❤️❤️❤️





Mencari produk² Shaklee atau berminat untuk menjana pendapatan bersama kami? Jom klik sini👇🏼

Your Shaklee Business Leader
& Independent Distributor
📲0195327438

✨ Postage Setiap Hari (kecuali cuti umum)
✨ COD Kajang/Bangi/Putrajaya/Sekitar KL


#kekzabeauty #ShakleeByKekza #ShakleeMalaysia #SpectacularByMNM

No comments