6 NUTRIEN PENTING UNTUK KEBAIKAN KESIHATAN DAN KEHIDUPAN

6 NUTRIEN PENTING UNTUK KEBAIKAN KESIHATAN DAN KEHIDUPAN | Assalamualaikum. Hai all! Harini Kekza nak share 6 jenis nutrien yang penting dan perlu untuk kesihatan tubuh kita. Jom baca selanjutnya!😘


1️⃣ KARBOHIDRAT – Mikronutrien ini penting untuk tubuh yang sihat. Ia merupakan SUMBER TENAGA UTAMA tubuh dan menggerakkan seluruh sistem tubuh terutama sistem saraf pusat dan otak. Menurut Klinik Mayo, ia juga bermanfaat dalam melindungi anda menentang penyakit.


2️⃣ PROTEIN – Merupakan BLOK BINAAN UTAMA kepada badan anda. Setial sel, dari tulang ke kulit dan rambut anda mengandungi protein. Ia memainkan peranan untuk membina dan membaiki tisu badan anda. Ia juga merupakan kunci utama pertumbuhan dan pengeluaran hormon, antibodi, dan bahan2 penting lain yang terdiri daripada protein.

Protein dibina daripada beberapa rangkaian asid amino yang berlainan. Terdapat 20 asid amino dan 9 daripadanya tidak boleh dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. 9 asid amino ini dipanggil ASID AMINO PERLU dan hanya boleh didapati dari diet harian kita. Tubuh kita memerlukannya untuk membolehkan tubuh kita berfungsi dengan baik.


3️⃣ LEMAK – Lemak penting pada tubuh kerana ia MENYOKONG PENYERAPAN VITAMIN dan MINERAL termasuk vitamin A, D, E dan K. Lemak juga terlibat dalam pengeluaran hormon, penyeimbangan suhu badan, dan memberikan perlindungan kepada organ dalaman.


4️⃣ VITAMIN – Vitamin merupakan mikronutrien yang terlibat dalam semua proses FISIOLOGI. Terdapat 13 vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik termasuk vitamin A, C, B6 dan D.

Setiap vitamin memainkan peranan penting pada tubuh dan kekurangannya boleh menyebabkan kesihatan kita terganggu dan berkemungkinan boleh berisiko mengidap penyakit. Ia juga penting untuk kesihatan PENGLIHATAN, KULIT dan TULANG.


5️⃣ MINERAL – Mineral merupakan satu lagi jenis mikronutrien yang penting untuk kesihatan tubuh. Ia memainkan pelbagai peranan pada tubuh seperti membina TULANG dan GIGI yang kuat, terlibat dalam proses METABOLISME, dan memastikan tubuh berada pada tahap hidrasi yang baik. Antara mineral penting yang biasa diperlukan oleh tubuh adalah KALSIUM, ZAT BESI dan ZINK.


6️⃣ AIR – Kita boleh tahan berminggu tanpa makanan. Namun tanpa air, kita hanya mampu bertahan beberapa hari sahaja. Ini adalah kerana air merupakan ASAS UNTUK HIDUP dan kira2 60%-70% kandungan tubuh kita adalah terdiri daripada air.

Elemen penting ini bertindak sebagai PENYOKONG, MENYAHTOKSIN dan MENGHANTAR NUTRIEN kepada sel. Pengambilan air yang mencukupi dapat membantu meningkatkan tahap tenaga, tumpuan, dan menyokong prestasi fizikal dengan lebih baik.



Mencari produk² Shaklee atau berminat untuk menjana pendapatan bersama kami? Jom klik sini👇🏼

Your Shaklee Business Leader
& Independent Distributor
📲0195327438

✨ Postage Setiap Hari (kecuali cuti umum)
✨ COD Kajang/Bangi/Putrajaya/Sekitar KL


#kekzabeauty #ShakleeByKekza #ShakleeMalaysia #SpectacularByMNM

No comments