HIDUP BERUBAH SELEPAS PEMERGIANNYA..

HIDUP BERUBAH SELEPAS PEMERGIANNYA.. | Tiba2 teringat zaman kecik2 dulu. Zaman di mana kehidupan rasa tak ada masalah langsung. Happy je walaupun kehidupan kami waktu tu sederhana je..☺️

Sehinggalah pada tahun 1994..

Masa tu umur Kekza 9 tahun, baru masuk darjah 3..

Segalanya berubah bila arwah ayah menghembuskan nafas terakhir..

Sebelum tu arwah ayah dah lama sakit. Keluar masuk hospital banyak kali. Sakit ketumbuhan dalam perut.


SEJAK PEMERGIAN AYAH, HIDUP KAMI BERUBAH..

Sebagai seorang ibu tunggal, mak bekerja siang malam cari rezeki demi nak tampung perbelanjaan kami adik beradik bersekolah.

Mak lah ayah, mak lah ibu. 2 peranan dalam 1 masa. Memang tak mudah. Kekza menyaksikan keperitan yang mak lalui setiap hari.

Siang mak nampak kuat. Malam, mak menangis saban malam..

Ye, saban malam..

Teringat lagi satu malam tu, Kekza belum tidur tapi saja buat2 tidur. Mak usap kepala Kekza, mak kucup dahi Kekza, dannn tiba2 mak berpaling dan menangis..😭

Kekza tahu mak penat.
Kekza tahu mak lelah.
Kekza tahu mak masih rindukan arwah ayah.
Apalah sangat kudrat seorang wanita untuk uruskan semua perkara bersendirian..😔

Mak bekerja jual sayur dekat pasar, lepas tu amik upah menjahit, dan kerja dengan bapa saudara amik upah proses ayam daging untuk dihantar ke pasar..

Sampai 1 masa, keadaan jadi makin teruk bila abang Kekza mula ponteng sekolah dan terlibat dengan gejala ‘tak sihat’..

Bermula dengan gam, ganja, dan akhirnya dadah..

Hari2 mengamuk minta duit. Kadang2 hampir2 dia pukul mak sebab tak bagi duit.

Tekanan hidup waktu tu buat mak bertukar menjadi seorang yang seolah2 hilang kewarasan.

Pernah satu malam, Kekza tengah mengaji kat rumah mak saudara. Tiba2 mak datang jerit2 marah pada Kekza. Sebab dia ingat Kekza usik barang2 abang sampai abang mengamuk kat rumah sebab tak jumpa cari barang dia.

Masa tu rasa kecik hati sangat. Kecik hati sebab Kekza nampak macam mak sebelahkan abang walaupun abang terang2 salah sampai sanggup tengking2 Kekza yang tak tau apa2

Dann kalau korang nak tau, masa tu Kekza dah nak LARI DARI RUMAH dah sebab tak tahan dengan tekanan hidup. Tapi mujurlah dihalang oleh sepupu Kekza.

Kalau tak, tak taulah kat mana seorang Rosmiza Ali berada hari ni.. Entah hidup entah dah mati. Na’uzubillah..😣

Sejak dari hari tu Kekza jadi seorang yang sangat PENDIAM..
Kekza banyak MEMENDAM RASA..
Kekza jadi seorang yang sangat BERAHSIA..
Kekza jadi seorang PEMARAH..
Kekza jadi seorang PENDENDAM..
Kekza banyak MEMBERONTAK dalam diam..
Kekza lebih suka simpan dalam hati semua benda..
Kekza tak suka bercerita..

Kesukaran dan tekanan hidup waktu tu  banyak membentuk siapa diri Kekza hari ini.

Tapi Kekza faham, mak tertekan sangat waktu tu. Tak ada tempat mak nak bersandar dan berkongsi duka. Semua tanggung sorang2.

Dannn sebenarnya mak Kekza banyak bagi inspirasi pada Kekza.

Mak Kekza adalah seorang yang tak pandai menulis & tak pandai membaca. Mak Kekza tak pernah sekolah.

Tapi mak SURVIVED! Mak berjaya besarkan kitorang. Mak berjaya tanggung pembelajaran Kekza sampai masuk U.

Dann Kekza adalah satu2nya anak yang paling cemerlang dalam keluarga yang mak letakkan harapan paling tinggi.

Sebab tu, hari ini Kekza terus bertahan untuk buat bisnes yang Kekza tengah fokus sekarang ni.

Kekza nak berjaya dengan bisnes ni. Bukan buat bisnes setakat untuk mengisi masa lapang atau suka2. Tapi Kekza ada impian besar dengan bisnes ni.

Kekza yakin ini jalan cerita Kekza yang Allah dah tentukan..

Kekza yakin kejayaan Kekza ada bersama Shaklee..

Kekza yakin Kekza pasti berjaya capai impian Kekza dalam bisnes ni..

Dann Kekza yakin melalui bisnes ini Kekza mampu tebus balik segala kesusahan mak membesarkan kami adik beradik satu ketika dulu.

Tiada lain yang Kekza harapkan melainkan kegembiraan orang2 tersayang..

Kekza tak nak anak2 Kekza lalui semua tekanan hidup yang pernah Kekza lalui.

Sebab TEKANAN HIDUP sangat memberi kesan kepada SIFAT dan KEPERIBADIAN seseorang.

TEKANAN HIDUP boleh menjadi PUNCA kepada segala bagai penyakit yang melibatkan MENTAL & EMOSI..

TEKANAN HIDUP boleh menjadi ‘PEMBUNUH SENYAP’ kepada POTENSI DIRI seseorang..

Alhamdulillah, hari ini Kekza berada dalam satu circle yang sangat positif dan banyak membantu diri Kekza untuk bebas dari segala masalah emosi.

Dulu Kekza selalu kalah dengan emosi. Sejak berada dalam circle SPECTACULAR, alhamdulillah sedikit demi sedikit Kekza belajar kawal.

SPECTACULAR bukan sebuah group yang fokus kepada target bisnes dan marketing semata2, tapi dalam SPECTACULAR Kekza dapat lebih dari itu.

Ilmu yang diberi sangat berharga dan sangat bermanfaat untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Banyak yang Kekza dapat dari group ini yang Kekza tak pernah dapat dalam group bisnes lain sebelum ni.

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas jalan ini.

Terima kasih my business mentor, Master Nana Macarona atas peluang & ruang menjadi sebahagian dari keluarga #SPECTACULAR.☺️♥️




Your Friendly Shaklee
Independent Distributor
📲0195327438

✨ Postage Setiap Hari (kecuali cuti umum)
✨ COD Kajang/Bangi/Putrajaya/Sekitar KL


#kekzabeauty #ShakleeByKekza #ShakleeMalaysia #SpectacularByMNM

1 comment

  1. moga semuanya baik baik saja...gud luck yea...kagum dengar cerita mak yang kuat dan tabah...

    ReplyDelete