SET PENJAGAAN KULIT WAJAH YOUTH UNTUK KULIT KEKAL MUDA JELITA

SET PENJAGAAN KULIT WAJAH YOUTH UNTUK KULIT KEKAL MUDA JELITA | Selama lebih daripada 60 tahun, Shaklee tidak pernah berhenti membantu anda untuk Hidup Lebih Muda, Lebih Lama dengan menangani penuaan pada tahap selular. Kini, Shaklee menggunakan kejayaan yang sama untuk membantu anda Kekal Muda, Jelita. Dalam usaha Shaklee untuk menghasilkan revolusi YOUTH Complex, Shaklee telah menemui sesuatu yang menakjubkan.

Wanita bukanlah enggan menerima hakikat bahawa dirinya semakin berusia – mereka sebenarnya enggan mengorbankan pengalaman mereka dengan sebarang benda! Mereka hanya tidak suka melihat diri mereka di dalam cermin yang tidak menunjukkan betapa mudanya mereka rasakan di dalam diri.

Produk penjagaan kulit yang direka untuk memastikan dunia memandang anda semuda anda melihat diri anda.

Itulah yang menjadi inspirasi untuk YOUTH. Produk penjagaan kulit yang direka untuk memastikan dunia melihat anda sebagaimana anda melihat diri sendiri. untuk kekal muda sama seperti apa yang anda rasa, mulakan dari sekarang. Pada masa hadapan, anda tentu akan menghargainya.


Janji kami adalah penjagaan kulit YOUTH™ bukan hanya meningkatkan kesihatan kulit anda secara dramatik, malah ianya 100% dijamin mampu mengubah usia kulit anda menjadi lebih muda. Sememangnya menakjubkan.




MEMADAMKAN SEDEKAD PENUAAN


Shaklee tahu bahawa YOUTH™ Complex akan mengubah bagaimana anda melihat diri sendiri, tetapi bagaimana kami buktikan bahawa kulit anda sememangnya menjadi lebih muda.

Dibangunkan secara klinikal oleh para pakar kulit bertaraf antarabangsa, Indeks Usia Kulit memberikan cara berasaskan fakta dan klinikal untuk membuktikan kesan YOUTH™ terhadap penampilan dan usia kulit. Keputusannya adalah luar biasa.

Ya. 100% para wanita mempunyai kulit yang kelihatan lebih muda, dengan penambahbaikan hanya dalam masa 7 hari, dan dengan penggunaan yang berterusan, 2/3 telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad yang lebih muda.




KEPUTUSAN KLINIKAL TANPA KOMPROMI

YOUTH™ menawarkan produk yang dicipta secara harmoni dengan alam semulajadi malah dibuktikan secara klinikal – memberikan anda keputusan klinikal tanpa kompromi.



Indeks Usia Kulit

YOUTH dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa. Indeks Usia Kulit mengukur kehadiran tanda-tanda utama penuaan dengan data klinikal yang berasaskan fakta.
  • Kedutan Kulit
  • Saiz Pori
  • Tona Kulit
  • Keanjalan
  • Teksturkulit
  • Hiperpigmentasi
  • Seri kulit
  • Kekenduran


Shaklee telah membuktikan bahawa anda tidak perlu mengorbankan keselamatan dan ketulenan untuk keberkesanan. Kesemua produk Shaklee direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan seperti produk-produk lain yang memberikan impak kepada anda dan planet kita.

Shaklee telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, Shaklee telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk-produk Shakle sentiasa semulajadi, selamat, dan berkesan.

Shaklee sentiasa mengutamakan Bumi, malah Shaklee adalah syarikat yang pertama di dunia yang telah berjaya menyeimbangi pelepasan karbon supaya tiada jejak karbon yang tertinggal pada kita.



*Kredit : Sumber


No comments