BORAGE SEED OIL Vs. EVENING PRIMROSE OIL

BORAGE SEED OIL Vs. EVENING PRIMROSE OIL | Tumbuhan Borage dan Evening Primrose telah digunakan dalam bidang perubatan tradisional sejak lebih 400 tahun dahulu di Amerika.

Kajian dalam perubatan moden mendapati minyak daripada biji Borage dan biji Evening Primrose merupakan sumber Asid Gamma-Linoleic (GLA) semulajadi.

GLA adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang boleh didapati daripada minyak Borage, blackcurrant dan Evening Primrose.

Namun kandungan GLA dalam minyak biji Borage adalah yang TERTINGGI antara 3 tumbuhan ini.

GLA yang terdapat di dalam minyak biji Borage dan minyak Evening Primrose sering digunakan untuk:-

  • Mengurangkan kesakitan dan inflamasi pada pesakit Rheumatoid Arthritis dan Multiple Sclerosis.
  • Meningkatkan penghantaran impulse saraf dan berguna dalam membantu memulihkan penyakit Alzheimer.
  • Merawat masalah darah tinggi & kolesterol tinggi.
  • Melegakan masalah kulit seperti eczema dan dermatitis.
  • Melegakan sindrom PMS (senggugut), endometriosis, & masalah kesuburan wanita.
  • Mengurangkan kesakitan dan kebas akibat kencing manis & gout.
  • Mengurangkan simptom SLE.
  • Mengurangkan gejala ‘hot flashes’ semasa menopause.


Di dalam badan manusia, GLA ditukarkan menjadi Prostaglandin, bahan seperti hormone yang penting untuk mengawalatur kebanyakan fungsi badan.

Kekurangan GLA dalam badan akan menyebabkan masalah kesihatan seperti inflamasi, bengkak dan sakit; tekanan pada mata, sendi dan salur darah; pengeluaran lendir pada membran mukus; otot lembik; masalah gastrointestin, saraf, water retention, alergic dan masalah sintesis hormone.

Kajian mendapati minyak biji Borage mengandungi 2 kali lebih GLA berbanding minyak Evening Primrose, dan nyata memberikan kesan yang lebih pantas dalam mencegah & membantu merawat masalah-masalah kesihatan di atas.

Jadi secara ringkasnya, fungsi minyak biji Borage dan minyak Evening Primrose adalah sama, cuma berbeza dari segi kepekatan kandungan GLA di dalamnya.

*NOTA : GLA Complex Shaklee diperbuat daripada minyak biji Borage, minyak bunga matahari dan Vitamin E.





Your Trusted Health & Beauty Consultant,

No comments